Labolatorium Barudak Santri

Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun dalam Pendidikan Anak


IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi.
Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah.
Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan dan idea-idea beliau:


1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
a. Sejak lahir hingga 4 tahun
b. 5 tahun hingga 7 tahun

2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan, keperibadian dan budi pekerti yang mulia.

3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.

4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.

5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak.

9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.

10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:-
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar

Nasihat beliau kepada guru supaya:-

- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.


IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.


Pendapat beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak

1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.

2. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:

- Berperingkat-peringkat

- Mengadakan latih tubi


- Menggunakan benda-benda maujud

- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:

- tidak mahu belajar

- mencerca pengajaran yang diberi

4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.

5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

6. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.

7. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.

9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran.

10. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

Share :

Facebook Twitter Google+
1 Komentar untuk "Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun dalam Pendidikan Anak"

terima kasih, kerana berkongsi,

Jangan lupa komentar disini ya...

Back To Top